LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Thursday, November 28, 2013

Golongan yang didoakan oleh Para Malaikat

Assalamualaikum.. 

Entry kali ni Cik Aina nak share sikit hasil pembacaan dan rujukan daripada buku2 agama dan MyPlanner Islamiah tentang Adab kita sebagai makhluk Allah yang berpegang kepada ajaran agama Islam. Sebagaimana yang telah kita tahu sebagai seorang muslim adalah perkara wajib untuk kita beriman kepada malaikat. Tetapi adakah kita mengamalkan adab2 yang membolehkan para malaikat berdoa untuk kita? 



13 orang yang mendapat keberkatan dan doa daripada malaikat..Golongan tersebut terdiri daripada:
  1. orang yang tidur dalam keadaaan bersuci. Iaitu bersih dari hadas dan di dalam wuduk
  2. orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  3. orang yang berada dalam saf depan solat berjemaah
  4. orang yang menyambung saf pada solat jemaah (tak tinggal kosong)
  5. orang yang mengaminkan bacaan Fatihah yang dibaca oleh imam  
  6. orang yang duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat
  7. orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
  8. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  9. orang yang membelanjakan hartanya (infak) ke jalan Allah
  10. orang yang sedang makan sahur
  11. orang yang sedang menjenguk orang sakit
  12. orang yang berQiamullail di malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan
  13. orang yang mengaji Al-Quran

Jom kita check up adakah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan.. Jika tidak masih ada banyak masa dan peluang yang dihamparkan kepada kita. Gunalah masa itu dengan penuh berhemah sementara kita diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat daripada Allah swt. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan umatnya yang didoakan oleh malaikat dan menjadi orang-orang yang bahagia hidup didunia dan akhirat InsyaAllah. Jom sama-sama kita share untuk tingkatkan saham akhirat.
Assalamualaikum..

p/s: We deserved to be a better muslims/muslimah

No comments:

Post a Comment