LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Tuesday, May 7, 2013

Saat ini aku diuji

Aku yakin setiap dari kita di muka bumi ini tidak akan pernah kering dengan ujian daripadaNYA. Begitu juga dengan diriku, hampir saban hari diduga  dengan pelbagai perkara. Aku tahu aku sedang diuji. Ujian dan dugaan yang dihamparkan kepadaku ini bagaikan hadiah istimewa dariMu untuk menguatkan cintaku padaMU. Aku tahu itu adalah tarbiyah dariMu untuk menghapuskan dosa hambamu yang daif ini, InsyaAllah.

 "Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku dan tambahkan kekuatan imanku. Kau berikanlah kesabaran yang tidak ada batasnya dalam mengharungi setiap ujian yang Kau hamparkan pada hambaMu ini". 


p/s: Be strong Aina, yakinlah bahawa setiap sesuatu itu tersembunyi hikmah yang tak ternilai harganya

No comments:

Post a Comment