LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Friday, June 14, 2013

Seminar Keganasan Rumahtangga HTJS, Seremban

Assalamualaikum bloggersss..

Alhamdulillah pada 16 Jun 2013 Cik Aina dan rakan2 SKSP (Sarjana Kerja Sosial Perubatan) telah berjaya menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Actually seminar ini juga merupakan projek akhir yang perlu dijalankan oleh pelajar SKSP di tempat latihan ilmiah dijalankan which is pelajar tersebut ialah Kak Anida (mycosm8) yang juga Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) PPUM. Seminar yang dianjurkan disertai oleh peserta luar sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada doktor, PKSP, jururawat dan penjawat lain dalam perkhidmatan di hospital.

Pada tarikh tersebut, Cik Aina dan rakan2 berkumpul di PPUKM sebab Prof dah book transport hospital untuk ke HJTS bagi menghadiri seminar. 

Berkumpul di PPUKM

Sebelum majlis bermula bersama orang kuat seminar (Kak Nida)

Alhamdulillah ramai yang menghadiri seminar yang telah dijalankan. Pada sesi pagi, ceramah berkenaan keganasan rumahtangga telah disampaikan oleh doktor dan juga salah seorang PKSP. Ceramah tersebut berkisarkan berkenaan perkara asas berkenaan keganasan rumahtangga yang semakin berleluasa terutamanya dalam negara kita sendiri. Untuk pengetahuan semua, dalam seminar ini juga turut dijemput mangsa-mangsa yang pernah melalui saat getir apabila berhadapan dengan keganasan rumahtangga. 

Manakala pada sebelah petang, seminar diteruskan dengan forum yang telah menjemput panel yang tidak asing lagi iaitu Penganalisis Jenayah terkenal, En Kamal Affendi Hashim dan juga seorang ustaz dari Jabatan Agama. Alhamdulillah satu forum yang sangat menarik kupasannya. Yang paling best En Kamal ni memang sporting habis ngam betul digandingkan dengan ustaz tu. Tahniah Kak Nida, seminar yang banyak bagi input kepada semua orang kearah membentuk kesedaran berkenaan isu keganasan rumahtangga.

Ceramah yang disampaikan oleh doktor dan juga PKSP

Dua gandingan panel yang menghangatkan lagi perbincangan dalam forum/ seminar 

With Mr Kamal Affendi

Sporting habis Mr Kamal..cheersss

With my cosm8

Well done Kak Nida, confirm prof bg A+++..hehe.. Wish gud luck to all my fren. Wassalam

p/s: ketahui hak anda dan dapatkan info yang boleh membantu bagi membanteras keganasan rumahtangga.

No comments:

Post a Comment