LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Saturday, June 9, 2012

Puding Kastard Berkuah


Bahan untuk Puding:
1 packet serbuk agar-agar
 900 ml air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung kastard yang dibancuh dgn 1 cawan air
1 sudu kecil perasa vanilla

Cara Masak:
Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Masukkan satu sudu esen vanila
Bancuhkan tepung kastard dengan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi untuk elakkan tepung berbentil.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Setelah masak, tuangkan ke dalam acuan untuk disejukkan

Bahan untuk Kuah Kastard
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla

Cara Masak:
Masak susu cair, air dan gula sehingga mendidih diatas api yang sederhana. Kemudian, bancuh tepung kastard dengan sedikit air. Tuangkan tepung kastard dalam adunan kuah. Masukkan garam secukup rasa dan satu sudu esen vanilla, masak sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Jika mahu bolehlah tuangkan cocktail buah2an dalam kuah kastard.
Selamat mencuba :-)
p/s: sorry, i've no pic 2dsply hre..

No comments:

Post a Comment