LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Tuesday, August 16, 2011

NUZUL QURAN

Assalamualaikum sahabat semua..
Kawan2 tau tak esok hari ape? Hari Rabu bersamaan dgn 17 Ramadhan 1432H kan. Sebagaimana yang kita tahu di bulan Ramadhan yang penuh barakah ni ada banyak peristiwa dalam Islam.
Esok merupakan hari Kebesaran dalam Islam iaitu Hari Nuzul Quran. Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nuzul berasal drpd perktaan Arab yg bermksud pindah atau turun. Manakalan Quran pula dimaksudkan sebagai bacaan atau bacaan. Saban tahun, penganut2 agama Islam diseluruh pelusuk dunia akan menantikan hari kebesaran ini. Ini bermakna peristiwa ini amat besar nilainya kerana disinilah bermulanya penurunan dan penyusunan ayat2 Al-quran.

Al-Quran Mukjizat besar daripada Allah diutuskan kpd Rasulullah S.A.W. untuk  disampaikan kepada seluruh umat Islam.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Kawan2,
Dengan adanya peristiwa Nuzul Quran ini mendatangkan hikmah kepada kita seluruh warga yg beragama Islam. Ia dikatakan merupakan satu peringatan daripada Allah S.W.T agar kita meningktkan ketaqwaan kepadaNya disamping mengamalkan apa yang disuruhNYa dan meninggalkan larangannya.
Jadi kawan2, sempena bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan Al-Quran, marilah kita sama2 memberi ruang kepada diri sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca Al-Quran. Dan alangkah baiknya jikalau kita dapat mengadakan majlis khatam Al-Quran, pasti ia amat memberi makna dan pengisian yang tak ternilai harganya buat kita.


Ayuhlah kita sama2 memartabatkan Al-Quran dan meletakkannya ditempat yang paling tinggi. Semoga Ramadhan ini lebih diberkati..INsyaallah.

No comments:

Post a Comment