LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Saturday, March 31, 2012

MencinTai Tak semestiNya Memililki



Cinta- Setiap insan memerlukan sentuhan cinta dalam hidup ini untuk terus berdiri menghadapi selautan rintangan yang mendatang. Cinta kepada insan dengan niat kerana Allah adalah yang sebaik-baik cinta. Ibu dan bapa semaikan cinta yang sarat dengan kasih sayang sejak kita tertanam dirahim lagi. Rakan semaikan cinta dalam persahabatan dengan Ukhwah Fillah. Cinta dengan seseorang antara lelaki dan perempuan juga indah jika kita benar-benar ikhlas dan jujur dalam hubungan. Namun adakah semua itu akan menjadi milik kita hari ini mahupun selamanya….?


Slalu kita dengar kata-kata ni kan..

"Mencintai tak semestinya memiliki"
..love it..



Kadangkala apabila kita dapat bersama kita lupa bahawa dia bukanlah milik kita dan bukanlah mutlak milik kita. Walaupun dia sering bersama kita tiap saat tiap waktu, Namun belum tentu lagi dia adalah untuk kita yang sebaik-baiknya. Ada sahaja rintangan dan halangan yang datang tika selingkar kasih mula bersemi. Saat melafazkan madah cinta, adakah kita sedar sama ada dia benar2 mengungkapkannya atau ia sekadar madah biasa?  Mungkin juga dia ikhlas, tapi mungkin juga dia hanya melafazkan cinta sedangkan hati dan perasaannya tidak padamu. Pasti perit bukan apabila kita tahu bahawa percintaan yang dibina berlandaskan madah yang belum tentu iklas niat dihatinya itu. Terasa sia-sia sahaja semua usaha untuk hubungan yang dijalinkan selama bersamanya. Perlukah kita menunggu dan terus menunggu andai sudah jelas tidak sekelumit pun hatinya untuk kita. Jika ada yang sanggup menunggu tidak hairanlah..kata orang bila hati dah sayang, kita akan tetap terus menunggu walaupun perit, siksa.



Perlukah dia ada bersama kita walaupun kita tahu memang tidak ada harapan untuk bersamanya? Andai kita benar-benar menyayanginya, ada tiada dia bukanlah penghalang untuk kita memutuskan perasaan kepadanya..dia tetap dihati walaupun dia tidak kita miliki. Sejujurnya dan seiklhasnya kita tidak dapat menafikan perasaan sayang dan cinta padanya masih tetap utuh. Biarlah kita sekadar merisik khabarnya dari kejauhan, menatap warkah dan potret, menyelami kenangan yang kita bina bersamanya..Insyaallah Ada Hikmah Disebalik sesuatu..mungkin ada yang lebih baik untuk kita esok hari. Kuatlah wahai hati..


p/s: love is still there even u are not here anymore..

No comments:

Post a Comment