LinK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TINGGAKAN LINK KAMU,NANTI CIK AINA JENGUK EA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

link

~~Followers~~


Thursday, November 28, 2013

Golongan yang didoakan oleh Para Malaikat

Assalamualaikum.. 

Entry kali ni Cik Aina nak share sikit hasil pembacaan dan rujukan daripada buku2 agama dan MyPlanner Islamiah tentang Adab kita sebagai makhluk Allah yang berpegang kepada ajaran agama Islam. Sebagaimana yang telah kita tahu sebagai seorang muslim adalah perkara wajib untuk kita beriman kepada malaikat. Tetapi adakah kita mengamalkan adab2 yang membolehkan para malaikat berdoa untuk kita? 



13 orang yang mendapat keberkatan dan doa daripada malaikat..Golongan tersebut terdiri daripada:
  1. orang yang tidur dalam keadaaan bersuci. Iaitu bersih dari hadas dan di dalam wuduk
  2. orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  3. orang yang berada dalam saf depan solat berjemaah
  4. orang yang menyambung saf pada solat jemaah (tak tinggal kosong)
  5. orang yang mengaminkan bacaan Fatihah yang dibaca oleh imam  
  6. orang yang duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat
  7. orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
  8. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  9. orang yang membelanjakan hartanya (infak) ke jalan Allah
  10. orang yang sedang makan sahur
  11. orang yang sedang menjenguk orang sakit
  12. orang yang berQiamullail di malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan
  13. orang yang mengaji Al-Quran

Jom kita check up adakah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan.. Jika tidak masih ada banyak masa dan peluang yang dihamparkan kepada kita. Gunalah masa itu dengan penuh berhemah sementara kita diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat daripada Allah swt. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan umatnya yang didoakan oleh malaikat dan menjadi orang-orang yang bahagia hidup didunia dan akhirat InsyaAllah. Jom sama-sama kita share untuk tingkatkan saham akhirat.
Assalamualaikum..

p/s: We deserved to be a better muslims/muslimah

Monday, November 18, 2013

Oh Nooo!! MyBFF aka MySKUAD akan Dikidnap Tak Lama Lagi

Assalamualaikum..
huhu...pnah tak korang punye BFF dikidnap? Ha? Tak penah? Kita penah tau, kali ni dah masuk kali ketiga BFF kita kena kidnap..Sabar jerk..huhu.. 

Rilex rilex..yup memang BFF kita nak kna kidnap..tapi "kidnap" yang sah la..kna kidnap unt jadi bini orang..hehe. Uools tau kan my geng 4gar-this (Me, Cpah, Leza n Leha) Bff yang memang rapat dr study dkat UMS dulu lagi..Zaleha dah kwen..Ermm myBFF yang bakal dikidnap pada 22/11/13 ni is Aliza Utama dengan pasangannya Zaiham. Huhu sdiy...nant tinggal lah kite berdua ngan mBFF Cpah je lagi yang blum kna kidnap. Ekceli taklah sdih sgat, im very very happy for them hehehe. Sape tak happy tgok frenz nak bina masjid n ofcoz kita nak tgok dorang bhagia kan. 

MyBFF..Leza, Zaleha, Me n Cpah. Mse ni Zaleha yang kna kidnap..
tau sape kidnap dia? tu ha ..tu ha yang kat bwah tu cer tgok bwah..C Jojo my Skuad


Alamakkk..Za pass baton rupenya Leza yang dapat..
adoyaiii pnat aku melangut
Anyway, bersyukur sgat2 bila tgok kwan2 aku happy and sbar nak attend kawen c leza ni. Kad pun da sampai kat umah memang sah2, wjib pergi ar ni, kalu tak maunye mengamuk C Alizeeee..hihi. Makanya tinggallah kita n CpaH terkontang kanting berjuang sebagai bujang lagi..hik2..ngade2 tul.

Kesiannn..tinggalla dua orang ni lagi ha
Walimatul urus..

On her E-Day..Luv u dear
Tahniah geng..May the bond of ur love be strengthend all da time. Keep the faith, love n trust each other. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke Jannah..Hope jugak nant kita still bleh lepak sma2 lg ar..miss u all my gurl. Tak sabar nak tgu majlis Leza..Nantkan entry bout her wedding plak ye.. bye Assalamualaikum..feeling excited!!!

Sunday, August 11, 2013

REUNION RAYA 5ST 2013

REUNION RAYA 5ST 2013
Assalamualaikum

Alhamdulillah majlis reunion with my ex classmate 5ST SMK Batu Melintang (SMKBM, Jeli, Kelantan) untuk tahun yang kedua berjalan dengan lancar dan jayanya. Agak exhausted jugaklah penganjuran tahun ni coz aku yang kena incharge start daripada planning, invitation sampaila ke makanan. Pergh ayat “penganjuran” bunyinye mcam event besar je, memang ar berbesar hati haha.  Besala kitorang rotate person incharge n biasanya kena pada yang bujang..haha amik kau. Last year Reunion 2012 Aniey yang incharge, erm setakat ni semua pmpuan yang jadi kepala bila la turn boys plak tak tawla. Watevala yang penting kitorang dah berjaya kumpul balik after about 8-9 years tinggalkan SMKBM. Even tak semua yang dapat attend tapi syukurla masih ada yang sempat n sudi luangkan masa, maklumlah setahun sekali je jumpa kan coz masing2 bz ngan keja, family, anak bini, anak kucing..e’eh anak kucing unt yang bujang mcam aku je haha.

Potluck from us
Kali ni disebabkan aku yang incharge n nak memudahkan kerja aku surela aku pilih tempat yang dekat ngan umah aku. Venuenya kat Dewan Serbaguna SK Batu Melintang, haha sebelah rumah je kot. Menu utama sah2 aku gak yang kena prepare, nasib baik aku ramai bibik2 kat rumah bolehla tlong2. Just prep Bihun sup je then yang side dish masing2 bwak potluck. Ape2 pun thanx lot kepada kawan2 yang sudi luangkan masa unt datang reunion n berhari raya bersama siap bawak anak bini bgai jeles I (haha), kome tggu turn aku plak bwak laki aku ea..haha.. Ok lah, klu membebel ni lambat nak brenti..jom kita lyan je few pic yang sempat snap msetu. Enjoy… See u Geng 5ST SMKBM raya 2014 plak InsyaALLAH.

Prep...
Masing2 sbuk bercerita maklumla jarang jumpa
Ntah ape la yang dibualkan dorang tuh..MatYus n Yie Ladin
Gegels, Erreda (Hubby dya kat atas td yg baju kaler ijau..kawen classm8, jodoh),
Me, Aniey (Ha yang sblah Mat Yus kat atas tu Her Mr. Fiancee, classm8 gak),
Ajah n Eda Dayat memng sempoi
Happy dapat jumpa walaupun tak ramai
Happening gak
Eda ngah melantak lagi..hik2..
Tggu nak kemas2 da ni
Aniey..
Pok Wea
Quis n His Beloved Wife
TAMAT...Tunggu next year plak InsyaAllah
Wassalam

Friday, June 21, 2013

MALACCA HERITAGE SHORT VACATION

Tut tuuuttt...my fingers nak berenti rehat2 santai cni jap yep...Oppss lupe plak bagi salam..Assalamualaikum semua. hehe. Saje singgah sini nak kongsi my short vacation kat Melaka aritu. Ha?short? Kenapa short ea? haha memang short la coz tgahari tu bertolak dari KL n stay 1 nite kat Melaka then besok petangnya da blik..haha..Pendek je kan masa tu. Tempat yang sempat kami jenjalan area Bandar Hilir je.

Ekceli xda pun dalam schedule Cik Aina nak p jalan2 cuci mata kat Melaka ni, al maklumla baru je balik dari Gunung Jerai 16/06 aritu kan. Tapi atas pujukan my Hosm8 C Wanda ni minta I temankan dia jalan2 kat Melaka. Wanda pun sebenarnya nak kesana coz kawan dia aka bekas anak didik mummy dia yang keja army kat Melaka2 yang ajak. Even still rase penat tapi unt kengkawan ape2 pun boleh, lagipun risaukan keselamatan dia jgak kalu p sorang.. ahakss yelatu, padhal mak yang nak p jalan2..Wateva la. 

Ha,yang baju putih tu la member Wanda Airel Sangup..hehe Nice 2meet u

Xnak lepaskan peluang snap kat bandar bersejarah ni..
Kalau diikutkan kita sbnarna da banyak kali p melaka well p umah my dearBFF Cik Tiey, tapi tula belum berkesempatan nak jalan2 sgat kan so kali ni I all out la..hehe.
Sempat lagi p funfair
Malam tu kitorang dibawa oleh Airell ni p dinner hidangan baik punyaaa..of coz la masak asam pedas daging I punyer menu pilihan. Lepastu Airell bwak plak kitorang p funfair..I layan je smua. Then lebih kurang jam 9pm Airell antar kitorang check in hotel "PINK"..i loikee. Memang nama dia pink ok bukan propa..hehe.
Break1st nasi lemak b4 p zooMelaka
 For 2nd day, Airell bawak kitorang p zoo melaka, pusing2 satu zoo sampai puas, sdar2 je dah masuk waktu Zohor kirenya lama jugak la duk kat dalam ni..Jomla layan pic yang sempat kitorang snap ngan binatang2 yang ada kat dalam zoo ni. Enjoyyy!
Da sampai da..excited da lama xmsuk zoo..huhu

Sukenya budak 2 orang ni ha
Giraffiiiiiieee...
Si belang tengah santai 
Comel betul si kecik ni ha
Last tempat yang memang nak p sgat2 ha confirmla kat Kota A Famosa tempat tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara. Ha, kalau kawan2 turun Melaka jgan lupe dtang cni taw..syokk.

A Famosa..teringat dulu2 naik mse kite umur 12 tahun..lama tuu
Singgah cari souvenier tuk geng2 jap
Muka dah kepenatan la konon, tapi still nak snap lagi..tempat wajib snap ni kalu p cni
Lepas kitorang melawat Kota A Famosa, tengah jalan2 nak p kat parking skali ternampak ada Exhibition daripada private collectors kostum watak2 filem yang didatangkan khas dari Hollywood.

Haha, in action da..
Sempat cari baju Kebaya Nyonya unt Mummy wanda.
Melaka, puas hati kali ni I jalan..hehe. Cume tak sempat nak round2 kan Jonker Walk n uptown Pahlawan Walk. nampaknya nant kna dtang lagi untuk melengkapkan my vacation kat Melaka..hihi..tgguu
MELAKA...best
Yezzzzaaa..ha best kan walaupun percutian ni pendek je, aktiviti padaaat. Untuk korang2 yang cari tempat menarik untuk dijadikan venue percutian, y not korang ke Melaka. Sambil bercuti kita boleh menghayati sejarah yang terpahat kat sini. Pasal budget pun korang tak yah risau sangat, juz sediakan unt makan minum, tempat stay n ofcoz pocket money yang mencukupi bukan ape nak beli ole2 lagi nant kan. Rasanya kalu korang ada RM150-200 pun da boleh kot. Then yang paling penting sediakan backup money taw in case emergncy ke ape ke. Safety come first. Orait, jari jemari I pun da lesu ni, mintak undur diri dulu. Assalamualaikum.

Monday, June 17, 2013

Mount Jerai Challenge 2013

Assalamualaikum semua..
Taadaaa..lama menantikan entry ni keluar at last dapat jugak.. U know what after my VIVA voce examination aritu kita dah arrangekan my outdoor xtvts unt isi msa lpang yang ada n sambil2 release daripada pk soal study. I'm joined Mount Jerai Challenge of coz with my Redboool Runner group. 

Event tersebut berlangsung pada 15 Jun 2013 yang diadakan di Muzium Arkeologi, Lembah Bujang Kedah. Cik Aina bersama dengan group members yang lain bertolak dari KL dalam jam 9pm, konvoi 2 biji kereta. Macam biasa yang lain smua lelaki dalam 6 orang then I sorng gegel..huhu. Guys naik keta ngan si Nik n I ofcoz la naik ngan my senior, Kubeb. Puang pang pung pang brenti sna sni RnR la, ambik geng wateva sampaila dalam jam 4 lebih di Lembah Bujang. Itu pun setelah berhempas pulas I jadi Co Pilot to Kubeb, mcam2 da kna bebel ngan dya..huhu.  

Lepas Subuh tu kitorang trus bersiap2 n stretching skit..msetu YaAllah mengantuknya mata ni rase mcam nak cancel je pnjat gnung tu tapi tula rugi plak dah alang2 sampai kanso tekadkan jugak naik. Alhamdulillah syukur dapat jugak menakluki Gunung Jerai ni walaupun smpai kaki I terseliuh dua kali n terpaksa trun pakai tongkat kayu..huhu..Syukur smua selamat. Jum layan da pic yang sempat snap..thnx to SEANWORLD for da pic.



Inila geng2 Cik Aina yang join challenge..dorang smua mantop2 tak mcam makk..hihi

Sempat lg my brad Ian snap pic


Cabaran Bermula

Yeah daki jgan xdaki..orang da trun aku msih lg menapak nak naik atas

Footstep with Mr Seanworld n da geng

Subhanallah cantik sgat pemandangan hutan yang terbakar ni

Our Lil Brad Ian dapat prize u..cayalah wit Kush
Lepas tamat challnge n penyampaian hadiah, kitorang terus blah n antar geng, Pn Zulaiha n p makan2 dulu pekena mee bandung huhu..Lebih kurang jam 2am bru I sampai rumah. Alhamdulillah selamat sampai n yang paling penting moment2 pendakian di Gunung Jerai the best.


Friday, June 14, 2013

Seminar Keganasan Rumahtangga HTJS, Seremban

Assalamualaikum bloggersss..

Alhamdulillah pada 16 Jun 2013 Cik Aina dan rakan2 SKSP (Sarjana Kerja Sosial Perubatan) telah berjaya menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Actually seminar ini juga merupakan projek akhir yang perlu dijalankan oleh pelajar SKSP di tempat latihan ilmiah dijalankan which is pelajar tersebut ialah Kak Anida (mycosm8) yang juga Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) PPUM. Seminar yang dianjurkan disertai oleh peserta luar sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada doktor, PKSP, jururawat dan penjawat lain dalam perkhidmatan di hospital.

Pada tarikh tersebut, Cik Aina dan rakan2 berkumpul di PPUKM sebab Prof dah book transport hospital untuk ke HJTS bagi menghadiri seminar. 

Berkumpul di PPUKM

Sebelum majlis bermula bersama orang kuat seminar (Kak Nida)

Alhamdulillah ramai yang menghadiri seminar yang telah dijalankan. Pada sesi pagi, ceramah berkenaan keganasan rumahtangga telah disampaikan oleh doktor dan juga salah seorang PKSP. Ceramah tersebut berkisarkan berkenaan perkara asas berkenaan keganasan rumahtangga yang semakin berleluasa terutamanya dalam negara kita sendiri. Untuk pengetahuan semua, dalam seminar ini juga turut dijemput mangsa-mangsa yang pernah melalui saat getir apabila berhadapan dengan keganasan rumahtangga. 

Manakala pada sebelah petang, seminar diteruskan dengan forum yang telah menjemput panel yang tidak asing lagi iaitu Penganalisis Jenayah terkenal, En Kamal Affendi Hashim dan juga seorang ustaz dari Jabatan Agama. Alhamdulillah satu forum yang sangat menarik kupasannya. Yang paling best En Kamal ni memang sporting habis ngam betul digandingkan dengan ustaz tu. Tahniah Kak Nida, seminar yang banyak bagi input kepada semua orang kearah membentuk kesedaran berkenaan isu keganasan rumahtangga.

Ceramah yang disampaikan oleh doktor dan juga PKSP

Dua gandingan panel yang menghangatkan lagi perbincangan dalam forum/ seminar 

With Mr Kamal Affendi

Sporting habis Mr Kamal..cheersss

With my cosm8

Well done Kak Nida, confirm prof bg A+++..hehe.. Wish gud luck to all my fren. Wassalam

p/s: ketahui hak anda dan dapatkan info yang boleh membantu bagi membanteras keganasan rumahtangga.